Expired : 18.06.18

8 maut, 17 hilang tanah runtuh akibat Taufan Yutu


MANILA, 22 Safar 1440H, Rabu – Sekurang-kurangnya lapan terbunuh, manakala 17 lagi dilaporkan masih hilang akibat terperangkap dalam sebuah bangunan kerajaan berikutan insiden tanah runtuh di bandar Natonin, daerah Banawel di sini, semalam.


Pengarah Pertahanan Awam Wilayah, Ruben Carandang berkata, kejadian jam 4 petang semalam (waktu tempatan) menyebabkan 31 orang terperangkap dalam premis berkenaan, termasuk seorang jurutera projek, 20 kontraktor, tiga pengawal keselamatan dan tujuh orang awam.


Sehingga kini, hanya enam mangsa terselamat, manakala 17 yang lain dilaporkan masih terperangkap dalam bangunan yang menempatkan pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam daerah itu.


Difahamkan, kejadian tanah runtuh yang menimbus bangunan kerajaan itu berpunca daripada Taufan Yutu yang melanda Filipina.


“Dalam gambar yang dihantar kepada saya pagi ini, bangunan itu tidak diratakan. Terdapat pintu terbuka, ada ruang terbuka.


“Berkemungkinan ada mangsa yang masih hidup,” kata Carandang.


Yutu, taufan ke-18 melanda Filipina tahun ini, dengan kelajuan angin sehingga menjejaskan kediaman dan menyebabkan pokok tumbang, sebagaimana Taufan Mangkhut yang membadai negara itu bulan lalu.


Taufan yang turut dikenali sebagai Rosita oleh pihak berkuasa Filipina, berlaku enam minggu selepas Mangkhut yang menyebabkan puluhan nyawa terkorban.- Agensi


The post 8 maut, 17 hilang tanah runtuh akibat Taufan Yutu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop