Expired : 18.06.18

88 pemaju dikenakan penalti gagal siapkan RMBJ


ISKANDAR PUTERI, 4 Zulkaedah 1440H, Ahad – Dalam tempoh 2016 sehingga 2018, sebanyak 88 pemaju perumahan telah dikenakan penalti kerana gagal menyiapkan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ).


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor Dzulkefly Ahmad berkata, sebanyak 41 daripadanya merupakan pemaju di daerah Johor Bahru, 13 (Kulai), lapan (Segamat), tujuh (Batu Pahat), enam (Kluang), lima (Kota Tinggi), empat (Muar) dan masing-masing dua di Tangkak dan Pontian.


“Sebelum ini (ketika pentadbiran kerajaan terdahulu), caj penalti yang dikenakan terhadap mereka adalah berbeza iaitu antara RM20,000 hingga RM60,000 seunit.


“Namun jika mengikut polisi yang telah kita luluskan pada tahun lepas, kadar caj baru ialah RM40,000 seunit bagi pembayaran secara sekali gus dan RM60,000 seunit bagi pembayaran secara ansuran (empat kali) selama dua tahun,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini.


Dzukelfy berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan dari Yeo Tung Siong (PH-Pekan Nenas) yang meminta kerajaan negeri menyenaraikan jumlah pemaju yang telah dikenakan caj penalti akibat kegagalan menyiapkan projek RMBJ bermula 2013 sehingga 2019. –


Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata bermula 1 April lepas, pemaju perumahan tidak lagi dibenarkan untuk membuat pertukaran bagi lot-lot rumah Bumiputera mereka.


Beliau berkata, ketetapan telah dibuat dalam Dasar Hartanah Bumiputera yang baru dikuatkuasakan.


Ia selepas mengambil kira proses penentuan lot Bumiputera yang dilakukan ke atas sesuatu taman perumahan, kata beliau.


Dzulkefly berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Andrew Chan (PH-Stulang) yang mahu tahu adakah pemaju perumahan masih dibenarkan membuat pertukaran lot-lot Bumiputera, selepas proses Taburan Lot Bumiputera diluluskan. – Bernama


The post 88 pemaju dikenakan penalti gagal siapkan RMBJ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop