Expired : 18.06.18

9 Peranti Huawei Ini Akan Menerima Android Pie Bermula 10 November

Mate 20 Pro, Mate 20 dan Mate 20 X adalah tiga peranti terawal keluaran Huawei yang menggunakan EMUI 9 yang berasaskan Android Pie. Senarai peranti Huawei dengan versi terkini Android ini akan bertambah bermula 10 November. Di bawah ialah senarai sembilan peranti terawal yang akan menerima kemaskini EMUI 9 bermula 10 November ini.



  1. Huawei Mate 10

  2. Huawei Mate 10 Pro

  3. Huawei Mate 10 Porsche Design

  4. Huawei Mate RS Porsche Design

  5. Huawei P20

  6. Huawei P20 Pro

  7. Honor 10

  8. Honor View 10

  9. Honor Play


Senarai di atas diumumkan sendiri oleh CEO Huawei Richard Yu menerusi laman Weibo beliau. Harus diingatkan tarikh ini adalah untuk peranti Huawei dan Honor di China terlebih dahulu.Nampaknya peranti dengan Kirin 970 diberikan keutamaan untuk fasa pertama kemaskini. Adalah anda antara pengguna peranti-peranti yang disenaraikan di atas?


Norlida Ishak Shop