Expired : 18.06.18

95 peratus undi sokong Himpunan 812 diteruskan


BANGI, 28 Rabiulawal 1440H, Khamis – 95 peratus responden, dalam bancian atas talian yang dibuat oleh pengendali laman Facebook “Kami Sayang Tun Mahathir”, mengundi agar Perhimpunan 8 Disember (Himpunan 812) diteruskan.


Dalam bancian yang dibuat semalam itu, pengendali laman berkata, memandangkan kerajaan telah memberi jaminan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), itu bermakna kerajaan telah menolak konvensyen itu.


Pengedali laman itu memberi dua pilihan sama ada perlu atau tidak Himpunan 812 diteruskan, walaupun kerajaan menolak meratifikasi ICERD.


“Ada dua pilihan, untuk VOTE klik pada PERLU! atau TIDAK! Kerjasama anda amatlah dihargai,” demikian catatan di laman Facebook itu.


Keputusan bancian itu, yang disiarkan secara langsung, mendapati 95 peratus daripada 11,500 responden mengundi agar perhimpunan aman itu diteruskan.


The post 95 peratus undi sokong Himpunan 812 diteruskan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop