Expired : 18.06.18

Abang Mat tak kisah kena kecam [METROTV]

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu tidak berniat untuk sengaja melengahkan memberi kenyataan berhubung isu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dihina sebaliknya mencari waktu sesuai untuk menjawab perkara terbabit.


Mohamad Sabu berkongsi perkara terbabit ketika diajukan soalan mengenai dakwaan kelewatannya memberi respons terhadap isu hina ATM baru-baru ini.


"Saya menunggu hari yang sesuai. Kebetulan pada hari terbabit berlangsung Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 di Dataran Wisma Pertahanan yang dihadiri kakitangan awam dan tentera, jadi saya memilih hari itu untuk menjawab dengan satu ucapan," katanya dalam program terbaru terbitan Harian Metro, Opsss, hari ini.


Dalam pada itu, Mohamad juga mengakui tidak mengambil pusing terhadap setiap kecaman dan hinaan yang dilemparkan kepada dirinya di laman sosial.


"Satu hari beribu orang memuji, malah ramai juga yang mengutuk. Bagi saya, itu tidak menjadi satu masalah. Sejak dulu lagi saya sudah menerima kutukan ini," katanya.


Antara lain yang mencuri perhatian, Mohamad ditanya mengenai gerangan penyanyi kegemaran, dilabel pencipta wanita serta gelaran Cute, Chubby dan Comel yang diberikan warganet.


Opsss yang bersiaran secara langsung setiap Selasa jam 5 petang di platform media sosial Harian Metro adalah sebuah program santai yang mengutarakan 20 soalan kepada selebriti atau orang kenamaan secara spontan.


Lapan episod sudah pun bersiaran membabitkan artis terkenal tempatan iaitu Neelofa, Mira Filzah, Remy Ishak, Siti Sarah, Kamal Adli dan Scha Al Yahya.


Norlida Ishak Shop