Expired : 18.06.18

“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira…”-Naqiu



Salam takziah buat penyanyi Naqiu Boboy seisi keluarga apabila dimaklumkan abang sulung kepada penyanyi itu, Huzaini Hussein dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat, kira-kira jam 8.30 malam.


Memetik Harian Metro, Allahyarham Huzaini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


Naqiu seperti yang dipetik berkata, arwah yang berusia lewat 40-an terlantar sakit di hospital berkenaan sejak dua bulan lalu dan mereka kali terakhir bertemu pada Syawal dua tahun lalu.


“Dia selalu merantau atas urusan kerja, jadi kami jarang dapat berjumpa. Kali terakhir saya bertemu pun pada hari raya dua tahun lepas.


“Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan pengebumiannya kerana berada di Kulim, Kedah.


“Insya-Allah saya akan pulang esok (hari ini) dan bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang,” katanya.


Sementara itu, juara program Gegar Vaganza 6 (GV6) ini juga turut mendedahkan arwah merupakan insan terawal yang mengesan bakatnya dalam nyanyian.




“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari. Jadi, dia individu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini.


“Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya. Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” pinta Naqiu.



Terdahulu, Erra Fazira yang juga kenalan lama Allahyarham turut memberikan dedikasi terakhir buat arwah.


Bintang berkenaan turut memuat naik beberapa keping foto berkaitan di Instagram, awal semalam.


Pelakon dan penyanyi itu menyifatkan arwah sebagai rakan yang baik, tidak suka berkata perihal orang lain dan rajin bekerja.


Jelasnya lagi, segala memori indah bersama arwah akan terus tersemat di dalam hati, al-Fatihah…


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP


Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress




Sumber


Norlida Ishak Shop