Expired : 18.06.18

Abraham puas gembirakan penyokong

TAMMY Abraham menegaskan Chelsea akan bermain bola sepak cantik di Stamford Bridge sehingga penghujung musim selepas menamatkan siri kekalahan di tempat sendiri.


Skuad Frank Lampard tewas dua kali berturut-turut di tempat sendiri kepada Bournemouth dan Southampton sebelum menewaskan Burnley 3-0, Sabtu lalu.


Abraham menjaringkan gol liga ke-13nya musim ini bagi meletakkan Chelsea mendahului dua gol dalam aksi yang dikuasai sepenuhnya tuan rumah.


Kemenangan itu melegakan penyokong mereka selepas beberapa keputusan mengecewakan di barat London musim ini.


Lampard mempersoalkan sama ada Chelsea berkeupayaan menembusi pertahanan lawan tetapi Abraham berkata cara mereka beraksi menentang Burnley yang menghiburkan menunjukkan mereka boleh mencapai kejayaan.


"Kami perlu melakukannya. Peminat datang mahu menyaksikan permainan menghiburkan dan dan kami gagal dalam beberapa perlawanan sebelum ini,” kata Abraham ketika ditanya sama ada Chelsea bertanggungjawab menggembirakan penyokong.


"Anda dapat lihat kami bermain dengan cantik ketika menentang Burnley dan penyokong di belakang kami.”


Arsenal, Manchester United dan Tottenham menunggu Blues di Bridge dan Chelsea tidak boleh merudumkan semula tahap mereka.


"Kami perlu gegarkan stadium ini. Kami ada lagi beberapa perlawanan sukar di sini tetapi saya selalu yakin terutamanya selepas menewaskan Burnley, kami mampu menentang mana-mana kelab.”


Norlida Ishak Shop