Expired : 18.06.18

AC Milan tawar Ibra 6 bulan

BINTANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic ditawarkan kontrak enam bulan untuk membantu bekas kelab gergasi Itali, AC Milan, menurut laporan di Itali hari ini.


Penyerang berusia 38 tahun itu mengesahkan dia meninggalkan Los Angeles Galaxy minggu lalu selepas kelab itu tersingkir pada playoff Major League Soccer.


Akhbar Gazzetta dello Sport dan Sky Sports Italia melaporkan juara Eropah tujuh kali itu menghubungi ejen pemain itu Mino Raiola.


Kelab itu mahukan bekas pemain kebangsaan Sweden itu selama enam bulan dan bersedia membayar 6 juta euro (RM27.6 juta) jika dia beraksi selama 18 bulan secara keseluruhan, menurut Gazzetta.


Milan berakhir di tangga kelima musim lalu, terlepas aksi Liga Juara-Juara hanya satu mata di belakang musuh setempat Inter.


Mereka bermula buruk musim ini dan menghuni tangga ke-14 selepas 12 perlawanan sebelum melayan kunjungan naib juara tahun lalu Napoli ke San Siro, Sabtu ini.


Ibrahimovic beraksi dua musim antara 2010 dan 2012 bersama AC Milan, membantu mereka merangkul kejuaraan terakhir Serie A dan menjaringkan 42 gol dalam 61 penampilan liga.


Dia turut menang tiga kejuaraan liga bersama Inter Milan dan dua bersama Juventus, namun kedua-dua kejuaraan ditarik balik kerana skandal mengatur perlawanan ‘Calciopoli’.


Norlida Ishak Shop