Expired : 18.06.18

Acer Melancarkan Siri NAS Altos QSAN – Storan Berhubung Untuk Pejabat Kecil

Walaupun storan awanan seperti Google Drive dan Microsoft OneDrive adalah sangat berguna bagi syarikat-syarikat yang inginkan perkhidmatan penyimpanan data dengan harga mampu-milik, terdapat juga mereka yang tidak mahu maklumat penting disimpan di dalam mesin pelayan yang mempunyai kebarangkalian tidak dapat diakses.


Hari ini, di acara pelancaran produk-produk terbaru Acer, mereka juga memperlihatkan peranti storan berhubung (Network Attached Storage) yang dinamakan siri Acer Altos QSAN, yang terdiri daripada Acer Altos QSAN XN3004T dan juga Acer Altos QSAN XN5004T.


Kedua-dua storan berhubung ini hadir dengan lima dermaga didalam konfiguriasi 4+1, dimana empat daripada dermaga tersebut akan dilengkapi dengan empat buah cakera keras dengan storan bersaiz 2TB, manakala sebuah lagi dermaga dibina khusus untuk storan SSD yang boleh mempercepatkan lagi akses kepada data yang terkandung didalam storan Altos QSAN tersebut.


Apa yang lebih menarik lagi ialah storan-storan berhubung ini juga dilengkapi dengan sistem operasi QSM 3 (QSAN Storage Management 3) yang membolehkan pakar IT untuk mengurus storan ini dengan mudah.



Dalam pada itu, storan Altos QSAN ini juga hadir dengan ciri USB One Touch yang memudahkan pemindahan data dari peranti USB kepada storan NAS. Bukan itu sahaja, sebuah perisian antivirus turut terbina di dalam peranti ini untuk memastikan maklumat yang terkandung tidak dijangkiti.


Perbezaan diantara model XN3004T dan XN5004T ialah model XN5004T hadir dengan sokongan untuk sambungan Thunderbolt 3.0 dimana ia mempunyai sambungan selaju 10Gb/s.


Menurut Acer Malaysia, model Acer Altos QSAN XN3004T akan tiba di pasaran tempatan pada harga RM4699, dan akan dilengkapi dengan storan cakera keras sebanyak 8TB. Buat masa ini tiada butiran mengenai model XN5004T belum diketahui lagi.


Norlida Ishak Shop