Expired : 18.06.18

‘Ada dilamar, dipanggil berunding sertai Bersatu’


KUALA LUMPUR, 20 Safar 1440H, Isnin – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengakui ada Ahli Parlimen daripada parti itu yang dilamar dan dipanggil berunding menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Beliau berkata, lamaran itu bertujuan memperkukuhkan kedudukan Bersatu, yang hanya mempunyai 13 kerusi di Parlimen.


“Memang ada Ahli Parlimen UMNO yang dilamar dan panggil untuk berunding, yang tidak panggil tetapi pergi juga ada.


“Ramai (yang dilamar), ada yang dilamar secara langsung, ada yang dilamar melalui perantaraan. Pokoknya, idea untuk memperkuatkan Bersatu itu datang daripada pihak-pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.


Kelmarin, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mengesahkan kira-kira 40 Ahli Parlimen dari UMNO dikatakan berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu.


Beliau berkata, kesemua mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyididn Yassin serta para kepimpinan tertinggi parti itu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.


Mengulas lanjut Annuar berkata, UMNO faham akan senario Bersatu yang terlalu lemah, tetapi parti itu mempunyai tanggungjawab lain yang lebih besar.


“Bersatu hanya ada 13 kerusi, dan parti itu juga boleh tidak stabil. Tapi UMNO juga ada tanggungjawab lebih besar. Kita dipilih sebagai wakil rakyat dan kita menang dengan logo BN, selain tanggungjawab kepada rakyat dan di akhirat kelak,” katanya.


The post ‘Ada dilamar, dipanggil berunding sertai Bersatu’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop