Expired : 18.06.18

Ada Lagi Yang Datang Berkumpul. Ini Tindakan Polis Kepada Kumpulan Tersebut

SUBANG JAYA: Polis meminta sekumpulan lelaki yang berkumpul di seberang jalan menghadap kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini, beredar dari lokasi.


Terdahulu, kumpulan berkenaan dilihat mula berlegar-legar di kawasan itu kira-kira jam 10.45 malam.


UNIT Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota Polis memantau sekitar laluan Kuil Sri Maha Mariamman. – Foto MAHZIR MAT ISA


Sehingga kini berpuluh anggota polis berkawal di hadapan kuil, selain tujuh trak pasukan dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap-siaga di hadapan rumah ibadat itu.


Keadaan terkawal dengan pihak polis masih mengawasi kumpulan berkenaan.


Seorang daripada lelaki dalam kumpulan itu berkata, tujuan kedatangan mereka bukan untuk membuat provokasi, sebaliknya hanya untuk meninjau keadaan.


Polis akan lebih tegas cegah rusuhan



KAJANG: Polis akan menggunakan pendekatan lebih tegas bagi memastikan insiden rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya tidak berulang termasuk menambah bilangan anggotanya di lapangan.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan untuk mengawal situasi di lokasi terbabit.


“Polis akan cuba hadkan mereka yang mahu ke kuil terbabit, hanya mereka yang mahu beribadat boleh masuk dan tak perlu berada lama di situ.


Kawalan turut dipertingkat termasuk mendirikan khemah polis serta pusat pemeriksaan bagi menyekat kehadiran pihak yang tak sepatutnya ke kuil dan kawasan berhampiran,” katanya kepada pemberita pada sidang media, hari ini.



Beliau sebelum itu merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Bersama Pekerja Inisiatif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di DENSO (Malaysia) Sdn Bhd, Bandar Baru Bangi, di sini.


Katanya, polis akan mengambil tindakan lebih tegas malam ini bagi menghalang sebarang perhimpunan atau perarakan yang boleh menjurus kepada berlakunya rusuhan.


“Kita akan menggunakan undang-undang yang diperuntukkan mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan sebagai langkah pencegahan.


“Jumlah anggota polis serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di lapangan akan ditambah lebih sekali ganda (lebih 1,400 anggota) untuk mengawal situasi di situ,” jelas beliau.


Menurut Noor Rashid, setakat petang ini lebih 91 laporan sudah diterima oleh polis berhubung insiden di kuil berkenaan.


“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (sengaja mendatangkan kecederaan), Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh), Seksyen 427 Kanun Keseksaan (merosakkan harta benda awam) dan Seksyen 435 kanun sama iaitu khianat dengan api.


“Polis akan mengambil segala tindakan yang perlu mengikut Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 serta pendekatan yang adil untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negara,” tegas beliau.


Beliau sekali menegaskan rusuhan yang berlaku itu bukan bermotifkan perkauman sebaliknya berpunca daripada proses ambil tanah yang menempatkan Kuil Sri Mariamman.


Pada 28 September lalu, satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil itu mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.


Bagaimanapun, pada 25 Oktober lalu, kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan, bertindak berkumpul di kawasan berkenaan ketika urusan pemindahan dijalankan.


Setakat ini polis sudah menahan 21 individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan di tapak kuil itu yang berlarutan sejak dua hari lalu.


Sumber : Bharian Online


Norlida Ishak Shop