Expired : 18.06.18

"Ada Makanan Tertentu, Even 'Bersama' Suami Saya Pantang 100 Hari" - Pinggang 24 Inci Lepas Bersalin, Ini Rahsia Nina Iskandar




ZULHILMI JALIL



Hiburan



Pelakon Nina Iskandar berkongsi pengalamannya yang berjaya menurunkan berat dan mendapatkan ukur lilit pinggang yang diinginkan selepas menjalani tempoh berpantang melahirkan anak sulung.
 
Menurut Nina, 29, dia melalui tempoh berpantang sama seperti individu lain selama 44 hari selain ada beberapa perkara yang turut dielakkan sehingga 100 hari lamanya.
 
"Saya tak percaya dengan alat penimbang kerana saya menyusukan anak, jadi susu itu sendiri akan memberi kesan kepada bacaan berat. Apa yang penting, progres dalam inci yang kita berjaya hilangkan, slow dan steady.
 
"Saya berpantang selama 44 hari, tapi jujur saya cakap, ada makanan tertentu (dan even bersama suami), saya berpantang sehingga 100 hari.
 
"Bahkan, sehingga sekarang, saya belum lagi minum air sejuk. Takut," ceritanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.


 
Menurut Nina, dia kini berjaya mendapatkan ukur lilit pinggang sebanyak 24 inci
"Saya tak diet, namun setiap hari saya ambil oat (bagus untuk banyakkan susu badan) dan saya masih ambil beras merah berbanding beras putih, selain kadang-kadang menggantikan beras dengan oat," kongsinya.
 
Begitupun, kata Nina, setiap individu mempunyai kisah tersendiri dan progres yang berbeza-beza selepas bersalin.
 
"Badan masing-masing, pengalaman masing-masing. Mungkin sesetengah orang boleh turun berat badan dengan mudah selepas bersalin, sesetengahnya susah.
 
"Namun, inilah perjalanan saya. Saya baru sahaja lepas tiga bulan melahirkan anak dan perjalanan saya masih jauh. Tapi saya tidak malu. Hanya orang-orang yang berfikiran sempit sahaja yang perlu berhenti body shaming," katanya yang turut berkongsi gambar terkininya.
 
Nina selamat melahirkan bayi sulungnya, Muhammad Aaryan Ar-Rizqin pada 23 Disember lalu selepas berkahwin dengan pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan pada April 2019.
 
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Nina Iskandar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.