Expired : 18.06.18

Adik Irfan Wafiy dan Rohana Dapat Perhatian PAS Pasir Gudang

Adik Irfan Wafiy dan Rohana Dapat Perhatian PAS Pasir Gudang


PASIR GUDANG – Dewan Pemuda PAS Negeri J) turun ke lapangan membuat lawatan ke kawasan bencana pencemaran udara di sini, hari ini.


DPPNJ diwakili Ketua Pemudanya, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz bersama Naib Ketua DPPNJ, Ustaz Azlan Haji Alias serta beberapa pimpinan kawasan telah melawat beberapa lokasi seperti Klinik Kesihatan Pasir Gudang(KKPG), Balai Bomba Pasir Gudang(BBPG), keluarga adik Irfan Wahfy dan Puan Rohana yang anaknya di tingkatan 6 merupakan antara mangsa pencemaran udara 1 & 2.


Menurut Ustaz Ahmad Nawfal, respon daripada beberapa mangsa yang temui menyatakan bahawa semua ahli keluarga bagi anak anak yang terlibat dengan pencemaran udara di Pasir Gudang sangat kecewa dan terkilan dengan cara pengurusan mangsa bencana oleh pihak kerajaan setakat ini.


Katanya, “mereka terpaksa menanggung sendiri kos perubatan, rawatan dan lain-lain sedangkan pesalah atau mereka yang menjadi punca masalah ini tidak dikenakan hukuman apa-apa.


“Keluarga berpendapatan rendah lebih terkesan. Baju, seluar, jam tangan, kasut, stokin, tudung dan sebagainya yang disuruh buang tidak diganti. Ada yang hanya berbaju kurung dan selipar serta berbeg plastik sahaja untuk membawa buku ke sekolah”.


Adik Irfan Wahfy mengalami penyakit Myokymia akibat dari pencemaran toksid di Sg Kim Kim. Menurut keluarganya, ubat-ubatan yang diberi oleh doktor dan rawatan yang diberikan adalah bersifat sementara. Tiada rawatan atau jaminan dari pihak hospital sehinggakan anak diberi ubat sawan.


Kesihatan adik Irfan yang tidak stabil juga meruntun jiwa dan perasaan semua yang datang menziarahinya.

DPPNJ mengharapkan nasib mangsa pencemaran terbela dengan adanya pampasan atau gentian terhadap barangan mereka yang terpaksa dibuang. Kilang-kilang kimia yang telah lama beroperasi dan telah lama mengaut keuntungan boleh diarahkan untuk mengeluarkan dana bantuan bagi tujuan tersebut.


DPPNJ juga berharap punca masalah ini perlu didedahkan kepada masyarakat serta tindakan tegas perlu dikenakan kepada pihak yang didapati bersalah. Perkara ini tidak boleh didiamkan kerana ini adalah kes berulang dalam masa hanya 3 bulan selepas bencana pencemaran kimia di Sungai Kim Kim.



The post Adik Irfan Wafiy dan Rohana Dapat Perhatian PAS Pasir Gudang appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop