Expired : 18.06.18

Adik Uqasha Senrose Ini Tayang Teman Lelaki di Instagram. Rupanya Bukan Calang2 Boyfren Dia Ni

Pernah menafikan sedang hangat dilamun cinta, kini pelakon Raysha Rizrose semakin terbuka berkongsi kemesraan dengan teman lelaki yang juga seorang pelumba kereta GP2 negara di laman media sosial.


Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, 24, memulakan kerjayanya di litar Go-Kart sejak tahun 2009. Nabil yang mula menyertai perlumbaan Formula 3 (F3) di Eropah sejak 2013 serta kini bersama pasukan Arden International.


Populariti dan pesonanya di litar lumba menjadikan Nabil antara pelumba paling berpengaruh di media sosial dengan pengikut lebih 30  di Instagram.



Sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2018, pelakon drama bersiri Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin itu juga tidak ketinggalan untuk hadir bersama pelumba tersebut, Nabil Jeffri.


“Glad that I managed to drag this busy guy with me!,” tulis pelakon berusia 22 tahun itu di laman Instagram miliknya.



Posting berkenaan telah mengundang perhatian peminat dan pengikutnya dimana ramai yang memuji Raysha dan pelumba berusia 24 tahun itu kelihatan ‘sweet’ dan serasi.


Menerusi laman Instagram Nabil pula, difahamkan mereka telah berkenalan sejak enam tahun lalu sebelum adik kepada pelakon Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose itu menyertai Dewi Remaja 2015.



Raysha dikatakan mula menceburi lapangan hiburan tanah air selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2015 dan berjaya menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid.


Difahamkan ia menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pertandingan itu, selain itu, beliau juga menyandang gelaran Dewi Berseri Fair & Lovely menerusi pertandingan ini.


Namanya mula dikenali umum menerusi watak Yuhanis menerusi drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin lakonan bersama Azrel Ismail dan Idris Khan yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Pada November 2016, Raysha mengumumkan tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro selepas hampir setahun.


Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus; memegang watak sebagai Fikha. Raysha dipilih semasa menghadiri sesi ujibakat yang dijalankan oleh Astro Shaw seminggu sebelum dinobatkan sebagai Dewi Remaja.


Raysha menjayakan peranan utama sebagai Aishah dalam siri drama Zahir Tak Terucap di TV3. Beliau juga digandingkan bersama Aiman Hakim Ridza dalam telefilem Apa Dah Jadi di TV2.


Raysha muncul bersama Hefny Sahad dalam drama online Cintaku di Bumi Izmir yang bersiaran di Unifi TV pada Ogos 2018


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral


Sumber: kakikecoh


The post Adik Uqasha Senrose Ini Tayang Teman Lelaki di Instagram. Rupanya Bukan Calang2 Boyfren Dia Ni appeared first on ~~~ Kepala Paip ~~~.


Norlida Ishak Shop