Expired : 18.06.18

Adun DAP celupar, melampau, tidak bertanggungjawab: Isma


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin


BANGI, 9 Rejab 1440H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyelar kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Chew Chong Sin, yang cuba mengaitkan pembunuhan umat Islam di Christchurch, New Zealand dengan kerjasama PAS dan UMNO.


Menyifatkannya sebagai melampau dan tidak bertanggungjawab, Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, ia menggambarkan sikap DAP terhadap umat Islam dan orang Melayu khususnya.


“Adun berkenaan jelas tidak langsung sensitif terhadap perasaan umat Islam di seluruh dunia (dan khususnya di Malaysia) yang kesal dan terkejut dengan kejadian di New Zealand itu. Apatah lagi yang turut terlibat tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa keadaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Susulan itu, Isma, sebagai sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menuntut Adun berkenaan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas keceluparan beliau serta kenyataan yang cukup berbahaya dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini.


Terdahulu, dalam laporan portal Malaysiakini, Chong Sin mendakwa insiden tembakan di Christchurch menjadi pengajaran kepada Malaysia terhadap perlunya mengekang gejala ekstremisme.


Chong Sin turut bimbang kerjasama UMNO dan PAS mampu menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.


Bagaimanapun, kenyataan itu ditarik balik selepas mendapat kecaman pelbagai pihak.


The post Adun DAP celupar, melampau, tidak bertanggungjawab: Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop