Expired : 18.06.18

AFC 2019 : Harimau Selatan Genggam Satu Mata

Diogo Luis Santo muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan buat JDT ketika bertemu Gyeongnam FC sekaligus memberikan mata sulung kepada Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2019.

Harimau Selatan berjaya memperoleh 1 mata pada perlawanan kedua Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia apabila seri bertemu Gyeongnam FC di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin pada Selasa.




Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang mantap pada aksi separuh masa pertama. Namun tiada sebarang jaringan gol dihasilkan.


Gyeongnam FC berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-52 melalui tandukan kemas Kwak Tae-hwi hasil daripada sepakan sudut yang diperoleh pelawat.

Johor DT menggandakan asakan dan serangan melalui beberapa percubaan tepat. Namun, bagaikan tiada nasib yang memihak, percubaan-percubaan tersebut hanya singgah di palang dan terkena tiang gol menafikan usaha Johor DT..

Gol yang dicari akhirnya hadir pada minit ke-68, apabila pengadil memberikan sepakan penalti setelah berlaku kekasaran di dalam kawasan gol pelawat.

Diogo Luís Santo menyempurnakan sepakan tersebut sekaligus membolehkan Harimau Selatan menarik nafas lega dengan keputusan 1-1 dan memperoleh mata pertama dalam aksi Liga Juara-Juara Asia.


Perlawanan tersebut juga telah disaksikan oleh lagenda bola sepak dunia, Ronaldo.


Keputusan penuh

Johor Darul Ta'zim (1) - (1)  Geongnam FC


Kwak Tae-Hwi (GFC) - 52'


 


Teks: Mohd Firdaus Shahrom / www.gawang.my


Diogo Luis Santo (JDT) - 68'


Norlida Ishak Shop