Expired : 18.06.18

Agong terima menghadap Anwar tengahari ini

Yang Di-Pertuan Agong dilaporkan berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara pada pukul 12.00 tengahari ini.


Perkara itu diumumkan Azmin yang merupakan menteri besar Selangor selepas mempengerusikan mesyuarat bersama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri baharu di Shah Alam sebentar tadi.


”Saya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan ke Istana Negara pada jam 12 tengahari ini,” katanya.


(Berita penuh menyusul)


 


Norlida Ishak Shop