Expired : 18.06.18

Ahli Running Man Turut Terjebak ‘Miming’ Lagu Bahasa Melayu Di TikTok

Rancangan Running Man sudah masuk 10 tahun bersiaran dan pastinya membuat anda ketawa dengan telatah yang ditonjolkan oleh ahli-ahli rancangan tersebut.


Tidak dapat dinafikan bahawa setiap ahlinya sentiasa bekerja keras untuk membuat penonton terhibur. Bagi anda yang mengikuti Ji Suk Jin iaitu salah seorang ahli tetap Running Man, pastinya anda sering melihat perkongsian video dan gambar beliau yang lucu.



Terbaharu, video beliau di TikTok yang berdurasi 15 saat dikongsikan di Twitter telah menjadi perhatian ramai pihak. Mana tidaknya, video tersebut perlihatkan Ji Suk Jin ‘miming’ lagu Izinkan.



Jee Seok Jin via Tik Tok