Expired : 18.06.18

Ahli UMNO Perlu Seiring Pemikiran Baru Untuk Lonjak Ke Depan – Mahdzir

MARANG, 13 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tiga perkara harus dilaksanakan secara menyeluruh oleh ahli parti seiring dengan pemikiran baru dalam usaha memperkukuh parti agar terus bergerak ke depan sekaligus bangkit dengan penuh cemerlang.


Tiga perkara itu menurut beliau antaranya soal solidariti serta kerjasama yang padu antara satu dengan yang lain di dalam parti selain mengelakkan budaya kipas mengipas sesama pemimpin.



“Memetik sepertimana kata-kata pemimpin sebelum ini… kita berada dalam satu kapal. Kapal kita pada pilihan raya sebelum ini rosak dan bermasalah. Kemudiannya kita berlabuh dan baiki kerosakan berkenaan dan mula pulih.


“Kapal dah nak belayar… namun ada pula yang mahu menebuknya tetapi akhirnya mampu belayar namun dalam pelayaran ada pula ‘lanun’ laut yang cuba merampas dan mereka yang berada di dalam kapal itu terjun ke laut.


“Yang herannya, dalam keadaan masing-masing dah terjun ke laut dan berenang masih ada pula yang saling menyalahkan siapa yang bagi kapal kepada lanun tersebut. Kalau macam ini tidak akan habis cerita ini sedangkan kapal dah ‘pergi’ dah dibawa lanun,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Marang, di sini hari ini.


Turut serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.


Sehubungan itu katanya perlu ada pemikiran baru bagaimanakah mahu memperkukuhkan parti dan itulah pentingnya solidariti di kalangan ahli parti.


“Alhamdulillah bahagian Marang hari ini saya nampak cukup baik yang mana kesemua mantan-mantan Ketua bahagian hadir dalam mesyuarat hari ini dan ianya satu solidariti yang kuat.


“Saya pun dah sehingga ke hari ini rasmi mesyuarat bahagian belum ada mantan Ketua Bahagian berbaris sepertimana di bahagian Marang,” tambahnya.


Mahdzir seterusnya memetik kisah sejarah Islam bagimana tercetusnya peperangan siffin gara-gara orang keliling yang akhirnya berlaku permusuhan antara kedua tokoh besar berkenaan.


“Ini sudah berlaku dahulu… jadi hari ini kita tinggalkanlah perkelahian dan bergaduh sesama sendiri. Kita hari ini pembangkang. Andainya solidariti kita kuat, tukang kipas tidak ada insya Allah dengan yang ada pada kita, parti akan terus bangkit.


“Dulu kita parti ‘welfare’, parti pembangunan. Kita yang akan sampai hulurkan bantuan dan segalanya. Dulu buat macam-macam…jalan, infrastruktur dan sebagainya lagi. Hari ini tidak ada… ’welfare’ dan pembangunan tidak ada. Yang ada hanyalah semangat… semangat dalam diri ahli UMNO. Insya-Allah berbekalkan semangat kita bergerak cara pembangkang. Kena tanam dalam diri kita. Kami mahu memerintah balik… insya-Allah,” ujarnya lagi. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop