Expired : 18.06.18

Ahmad Idham Sarankan Netflix Ditapis, Netizen Pula Kecam Filem Terbitannya Berkualiti Rendah

Baru-baru ini kecoh apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menggesa pihak kerajaan supaya menapis isi kandungan yang dihasilkan oleh laman penstriman popular di dunia dan juga Malaysia iaitu Netflix.


Ahmad Idham iaitu Pegawai Eksekutif Pemasaran bagi perbadanan itu turut tampil dan memberikan kenyataan mengenai isu ini menerusi laman Twitternya. Katanya, platform Netflix ini adalah berbahaya kerana ada antara kandungan yang ditayangkan tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak.


ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix


Walaupun cuba menerangkan niat baik disebalik usahanya itu, segelintir netizen telah menolak cadangan tersebut. Ini kerana, platform Netflix memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menyelia kandungan apa yang boleh ditonton oleh anak-anak mereka menerusi tetapan ‘parental controls’.


 



Dear Kerajaan,


Jangan dengar cakap FINAS. Netflix tak perlu ditapis oleh kerajaan. Kita boleh settle sendiri. #JanganTapisNetflix pic.twitter.com/8wdTd2gJVA


— Fahmi Reza (@kuasasiswa) November 16, 2019



Tak cukup dengan itu, kebanyakan netizen turut menyelar cadangan Ahmad Idham untuk menapis naskhah di Netflix kerana filem yang dikeluarkan olehnya juga boleh dikategorikan sebagai berkualiti rendah. Lihat sajalah tema yang diangkat oleh pengarah itu, mesti cerita tentang bohsia, rempit dan keganasan!


ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix


ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix


ahmad idham dikecam kerana mahu tapis netflix


Netizen juga berharap agar FINAS memberi fokus untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan bukannya asyik menggunakan plot dan tema yang sama bagi setiap naskhah. Kadang-kadang, inti pati filem yang dikeluarkan juga tidak sesuai ditonton oleh orang ramai.


Sumber: Twitter


Kredit foto: MalaysiaKini


Norlida Ishak Shop