Expired : 18.06.18

Ahmad Said dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu


KUALA LUMPUR, 5 Jamadilawal 1440H, Jumaat – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu bagi menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang memegang jawatan itu sejak Julai tahun lepas.


Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan penggantian itu adalah berasaskan kepada persetujuan bersama yang dicapai oleh semua Ketua Bahagian Terengganu secara konsensus.


“Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan telah bersetuju melantik Ahmad sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu bagi menggantikan Mahdzir.


“UMNO mengucapkan terima kasih kepada Mahdzir yang telah menjalankan tugas selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Sementara itu, Annuar berkata, Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang pada 9 Januari lepas telah bersetuju melantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Othman.


UMNO berterima kasih dan amat menghargai sumbangan Abdul Ghani sepanjang menggalas tugas itu, katanya. – Bernama


The post Ahmad Said dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop