Expired : 18.06.18

AIDILADHA DAN NILAI SEBUAH KETAATAN


AIDILADHA DAN NILAI SEBUAH KETAATAN


‎بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, penghulu kepada segala nabi Alhamdulillah, bersama kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat Islam dan Iman hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang agama Allah.


Aidiladha adalah refleksi inspirasi sirah agung yang dirakamkan oleh Allah dalam Al-Quran mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan keluarga baginda dalam memberikan ketaatan tidak berbelah bahagi dalam perintah Allah SWT.


Ayat ini menjentik naluri keibubapaan kita,

“Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”. Ismail menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah bapak akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Surah As-Soffaat:102).


Justeru itu, Aidiladha perlu diterjemahkan dari sudut ketaatan dan kepatuhan mutlak hamba terhadap Khaliknya. Kita mesti mengambil ibrah daripada sifat ketaatan dan keteguhan hati Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S dalam memenuhi perintah Allah.


Allah S.W.T menjadikan sejarah ini berlaku sebagai pedoman dan petunjuk bagi kehidupan pada masa hadapan. Islam menggalakkan umatnya agar mengorbankan jiwa dan harta demi menegakkan kalimah Allah S.W.T serta melaksanakan dakwah.


Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru agar semua umat Islam sama-sama mendoakan agar seluruh jemaah haji dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan dikurniakan haji mabrur untuk dijadikan bekalan dan inspirasi untuk umat Islam berusaha menjejakkan kaki ke Tanah Suci.


DMPM juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Ayuh memaknai nilai korban untuk diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.


“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”


SENATOR YB USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Ketua,


Dewan Muslimat PAS Malaysia

10 Ogos 2019 bersamaan

9 Zulhijjah 1440H


#SalamAidilAdha

#Aidiladha1440H

#DMPM


The post AIDILADHA DAN NILAI SEBUAH KETAATAN appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop