Expired : 18.06.18

Aidilfitri: Inilah keunikan baju raya tradisi di 7 buah negara

SETIAP kali ketibaan Syawal, umat Islam di seluruh dunia akan melakukan pelbagai persiapan termasuk membeli kelengkapan baju raya untuk dipakai pada hari lebaran.


Kalau di Malaysia, baju Melayu dan baju kurung dianggap busana paling popular, tidak kurang hebatnya umat Islam di negara lain yang mempunyai baju tradisi hari raya masing-masing.


Rekaan busana raya mereka juga berbeza mengikut budaya masyarakat setempat dan kedudukan negara mereka dalam peta dunia.


Jika di Malaysia, umat Islam memakai baju kurung, kebaya dan baju Melayu untuk menyambut hari raya, mari kita lihat bagaimana pula penampilan Muslim dari tujuh negara sewaktu menyambut lebaran.


1. Palestin



Wanita di Palestin memakai pakaian tradisional yang dipanggil Thube yang diperbuat daripada sulaman halus berwarna merah dan dihiasi dengan cermin kecil.


2. Kosovo



Kanak-kanak Muslim di Kosovo mengenakan weskot hitam yang disulam dengan benang emas dan ikatan busur ketika keluar bersembahyang sunat hari raya.


3. Ghana



Kaum lelaki di Ghana akan mengenakan jubah labuh berwarna-warni pada pagi Syawal.


4. Kenya



Lelaki Muslim di Kenya akan memakai ‘songkok’ tradisional dan jubah berwarna-warni yang sedondon pada pagi Syawal.


5. China dan Filipina



Wanita Muslim di China dan Filipina menyambut Aidilfitri dengan memakai tudung dan jubah yang labuh.


6. Pakistan



Wanita beragama Islam di Pakistan memakai pakaian tradisional Shalwar Kameez yang dihiasi dengan sulaman halus.


Walau apa pun rekaan baju raya yang dipakai oleh umat Islam di seluruh dunia, setiap busana itu memiliki keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.


Jika bukan kita sendiri yang memakai dan berasa bangga dengan pakaian tradisional negara kita, siapa lagi yang akan menggayakannya bukan? – Islamic Finder


The post Aidilfitri: Inilah keunikan baju raya tradisi di 7 buah negara appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop