Expired : 18.06.18

Aidilfitri: Trafik mula perlahan

KUALA LUMPUR, 28 Ramadan 1439H, Rabu – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat jam 10 malam tadi perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut Jumaat ini.


Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik perlahan ke arah Utara dari Behrang menuju Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng dan Terowong Menora menuju ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak.


“Trafik di arah selatan setakat ini masih terkawal dan lancar,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), laluan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 masih terkawal kecuali kesesakan sejauh 11 kilometer selepas Plaza Tol Gombak menuju ke Lentang.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik.



The post Aidilfitri: Trafik mula perlahan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop