Expired : 18.06.18

Aiman Tino Akan Ambil Tindakan Kepada Penyebar Video Panas

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai penyebaran video lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip dengan penyanyi Aiman Tino.  Ada juga pihak yang mengambil kesempatan menjual video tersebut.



Rata-rata netizen tertanya adakah benar lelaki dalam video tersebut adalah Aiman? Timbul dakwaan bahawa terdapatnya persamaan latar belakang video tersebut dengan bilik tidur penyanyi itu.



Dihimpit dengan pelbagai persoalan dan spekulasi, akhirnya Aiman mengeluarkan kenyataan memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan video lucah tersebut.


Buat masa ini, Aiman dan pihak pengurusannya sedang berusaha untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.


Sejak kebelakangan ini semakin banyak pula artis dihimpit kontroversi dengan penyebaran video lucah, nampaknya macam ada sindiket yang seakan cuba untuk menjatuhkan mereka dan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Apa-apa pun, kami harap Aiman tabah dan bersabar dengan dugaan yang menimpanya ini.


Norlida Ishak Shop