Expired : 18.06.18

AirPods Dengan Kemasan Emas Kini Boleh Anda Miliki

Apple ialah jenama yang sering dikaitkan dengan kemewahan. Produk dan aksesori mereka dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding pesaing. Tetapi bagi insan yang mahukan produk Apple mereka kelihatan lebih eksklusif, Caviar kini hadir dengan AirPods yang mempunyai kemasan emas dan diperbuat daripada gentian karbon.


Tiga model AirPods dihasilkan oleh Caviar yang sebelum ini pernah menghasilkan iPhone yang disadur dengan emas. Model paling asas mempunyai logo dan jenama Caviar yang disadur dengan emas yang dijual pada harga $590 (~RM 2400) sebuah. Model paling eksklusif pula mempunyai kerangka yang diperbuat daripada gentian karbon dan logo yang diperbuat sepenuhnya dari platinum. Versi ini ditawarkan pada harga $720 (~RM 2930) sebuah.


Norlida Ishak Shop