Expired : 18.06.18

Ajal Solihin digilis lori 30 tan menjelang Ramadhan .. Hasrat jadi bilal masjid tidak kesampaian (8 Gambar)





Ajal Solihin digilis lori 30 tan menjelang Ramadhan .. Hasrat jadi bilal masjid tidak kesampaian (8 Gambar). Petaling jaya : Kegembiran seorang pemuda yang berhasrat menjadi Bilal Masjid tidak kesampaian apabila diri nya meninggal dunia dengan tragis apabila digilis lori 30 tan di Kilometer 16.5 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini tengah hari semalam.



Ajal Solihin digilis lori 30 tan menjelang Ramadhan .. Hasrat jadi bilal masjid tidak kesampaian (8 Gambar)


Mohamad Mas Solihin Mahamad, 26, atau lebih mesra dengan nama Olex maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah, apa yang berlaku mengudang pilu memandang kan Olex baru menghadiri temuduga Bilal Masjid Cyberjaya pada 26 April lalu dia amat berminat untuk menjadi seorang Bilal, kini segala hasrat nya tidak kesampaian.


Olex seorang insan yang sangat baik walaupun jika dilihat diri nya sebagai seorang anak muda yang meminati muzik namun dalam jiwa nya tersemat hasrat untuk menjadi seorang bilal dan beliau selalu ke surau dan masjid.













Dalam pada itu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, dalam kejadian sekitar pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Mas Solihin Mahamad, 26, sedang dalam perjalanan menuju ke Subang dari Damansara.


“Sebaik tiba ke lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan apabila cuba mengelak sebuah kon yang berada di lorong kecemasan sebelum tercampak ke atas jalan raya lalu digilis oleh sebuah lori tiga puluh tan.


“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan parah di seluruh badan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.


Menurut Azman, tiada televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan pihaknya sedang berusaha mengesan saksi-saksi bagi membantu siasatan.


“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian kemalangan ini boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Inspektor Adibahtul Azizi di talian 011-1020 6989.


“Kes kini sedang di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, semoga keluarga Olex tabah dia pergi terlalu cepat kata rakan-rakan nya namun yang maha esa lebih sayang kan nya dia pergi lagi dua hari sebelum ramadhan. Al fatihah. – accidentportal.net


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih





Norlida Ishak Shop