Expired : 18.06.18

Akhirnya Dato Aliff Syukri Beritahu Dia Menyesal Guna Imuniti. Sepatutnya Dia Guna Pada Waktu Lain

PENAJA utama program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menggunakan imuniti yang diperolehnya untuk menyelamatkan Zamani daripada tersingkir.


Video Penuh Di Bawah Artikel


Menurut Aliff Syukri, Zamani, 47, layak diberi peluang kerana dia tidak dapat membuat persembahan akibat masalah kesihatan.


“Saya rasa tak adil dia disingkir dan ketika menandatangani kontrak bersama Astro, saya diberitahu mempunyai satu imuniti untuk menyelamatkan mana-mana penyanyi dan malam ini saya mahu gunakan,” katanya.



Permintaan Aliff Syukri seterusnya mendapat persetujuan pihak produksi dan seterusnya pengacara, Jihan Muse dan Nabil Ahmad mengumumkannya bahawa Zamani layak meneruskan perjuangan ke minggu keenam.


Sebelum itu, akibat gagal menyanyi kerana masalah suara hilang, Zamani telah diumumkan sebagai peserta keempat yang tersingkir pada konsert kelima progran realiti .


Vokalis kumpulan Slam itu sepatutnya menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal kumpulan Flybaits, namun akibat masalah suara, dia tidak dapat menyanyikan lagu tersebut.


Sambil menahan sebak dan mengangkat tangan tanda maaf, penonton, juri tetap serta jemputan seterusnya membantu Zamani menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai.


Aliff Syukri Menyesal Selamatkan Zamani?



Adakah betul Dato Aliff Syukri menyesal kerana menggunakan imuniti selamatkan zamani? Temu Bual Bersama Dato’ #AliffSyukri Pasca Konsert #GegarVaganza 5 Minggu Kelima.


Dato’ Aliff terpaksa memberi imuniti kepada #Zamani untuk menyelamatkannya dari tersingkir. Tapi selepas itu Dato’ ada rasa menyesal? Sebelum itu, Dato’ Aliff turut meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Tok Ram dan juri lain.


Mari dengar penjelasan dari Dato’ Aliff yang dikatakan membelanjakan ratusan ribu untuk kuasa imunitinya.



Sumber: Youtube F8Buzz


Norlida Ishak Shop