Expired : 18.06.18

Akhirnya Kisah Ziana Zain Dan Suami Sudah Sampai Penghujung. Ini Komen Ziana Zain

 


Selepas berlarutan berbulan-bulan, kemelut rumahtangga penyanyi tersohor, Ziana Zain selesai apabila sah bercerai talak satu dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.


Lafaz talak tersebut dibuat Armin Zaharin kira-kira pukul 2.48 petang di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Nizar Mohtar.


Mohd. Nizar kemudiannya dalam penghakiman memberitahu, talak tersebut adalah talak rajie’ dengan Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zin sebagai plantif perlu idah selama tiga bulan.


“Kamu berdua juga perlu mendaftarkan penceraian di Pejabat Agama Daerah Petaling.


“Berhubung isu penjagaan dan lawatan anak-anak, boleh memfailkannya di Mahkamah Tinggi Syariah,” katanya.


Penceraian kedua-dua mereka mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang Keluarga Islam negeri Selangor 2003.


Terdahulu, Ziana hadir memakai jubah serba hitam dengan diwakili Peguam Syarie Yusfa Hanis Yussoff manakala Armin Zaharin hadir dengan memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam.


Turut hadir pada prosiding itu adalah adik Ziana yang penyanyi tersohor tanah air, Anuar Zain.


Pada 3 April lalu, Ziana menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin Zaharin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.


Tuntutan penceraian itu dibuat Ziana dipercayai ada kaitan dengan penderaan mental yang dialaminya, masalah nafkah serta kes dera membabitkan anak mereka.


Sepanjang perkahwinan sejak 9 Mei 1998, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.



SUMBER : Utusan Online via Kualalumpurviral


Semoga Ziana Zain tabah menghadapi hari hari mendatang. Sesungguhnya semua ini ada hikmahnya dan percayalah ini adalah perancangan Allah SWT. Semoga semua urusan Ziana Zain selepas ini dan keluarga termasuk bekas suami dipermudahkan. Insyallah. – KLVIRAL


Norlida Ishak Shop