Expired : 18.06.18

Akmal: Tangguhkan potongan gaji PTPTN serta merta

Pemimpin muda KEADILAN hari ini menggesa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) agar menangguhkan serta-merta Potongan Gaji Berjadual (PGB) yang diumumkan semalam.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Akmal Nasir berhasrat untuk bertemu dengan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan tentang perkara itu.


“Saya berharap PTPTN akan menangguhkan pelaksanaan PGB pada kadar peratusan yang diumumkan ini dengan serta merta dan saya bersama AMK akan memohon kepada pengerusi PTPTN untuk satu perjumpaan diadakan dengan segera agar ada pendekatan yang lebih holistik dan adil kepada peminjam,” kenyataan anggota Parlimen Johor Bahru itu dipetik.


“Selain peningkatan peratusan bayaran yang terlampau tinggi berbanding pendapatan bulanan, perkara ini juga perlu diteliti daripada sudut perjanjian sebelum ini yang dipersetujui antara PTPTN dan peminjam bagi kadar bayaran balik,” katanya lagi.


Sementara itu, sentimen sama turut disuarakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi.


“PTPTN jangan zalim! Sewajarnya tangguh dulu kaedah pembayaran balik yg baru. Dengar dan fahami keluhan awam. 


“Jangan mangsakan peminjam yang sudah komited dgn kaedah pembayaran balik secara bulanan.


“Saya harap kerajaan akan buat keputusan yg adil dan terbaik utk semua,” katanya.


Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019


Kaedah itu akan dilaksanakan mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan dan peratus potongan adalah di antara dua peratus hingga 15 peratus.


Ia bagaimana pun mencetuskan kontroversi apabila PTPTN dengan jelas mengingkari perjanjian ujrah dengan peminjam, memangsakan peminjam yang membayar berdasarkan jadual pinjaman, dan mengakibatkn sesetengah peminjam terpaksa membayar hampir tiga kali ganda ansuran bulanan berbanding bayaran sedia ada.


Norlida Ishak Shop