Expired : 18.06.18

Aktivis Hindu pula buat laporan polis terhadap Firdaus Wong


BANGI, 8 Syaaban 1440H, Ahad – Seorang aktivis Hindu, membuat laporan polis balas terhadap pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, dan mendakwa ugutan bunuh dibuat individu yang menggunakan akaun palsu – Pandian Sam.


Arunakiri Nathan, membuat laporan polis itu semalam dan turut mendakwa Firdaus Wong memutarbelitkan fakta yang terdapat dalam kitab Hindu, bertujuan mengelirukan penganut semua agama di negara ini.


Dia juga mendakwa Firdaus Wong menggunakan akaun palsu untuk mempopularkan diri sendiri, selain sebagai senjata untuk melaga-lagakan bangsa Melayu dengan kaum dan penganut agama lain.


“Di sini, bila saya berdiri untuk agama saya dan kaum lain, saya pun terima banyak ugutan bunuh dan rumah, kereta diviralkan dalam Facebook untuk orang datang attack saya, tetapi saya tidak membuat drama macam Firdaus Wong yang berulang kali tidak mahu berubah dan berdebat.


“Saya membuat report ini kerana melindungi/menafikan tuduhan fitnah tersebut dan untuk tindakan diambil selanjutnya,” katanya dalam laporan polis yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.



Pada masa sama semakan Ismaweb.net mendapati Arunakiri turut mengubah suai kenyataan awalnya yang ‘mengisytiharkan’ perang terhadap Firdaus Wong.


“Ok he doesn’t to stop talking about Hindu scriptures and does not want to apologise. Fine. Now, we go to war.” Tulis Arunakiri yang kemudian dimuat naik Firdaus Wong dalam Facebook beliau.


Mengulas kenyataan itu, Firdaus Wong yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) menyifatkan Arunakiri sebagai individu yang sangat bahaya kepada keamanan dan keharmonian Malaysia.


“Ini bukan Hindu perang dengan muslim tetapi kegilaan seorang individu yang ekstrem dalam pemikiran. Provokasi dan fitnahnya boleh menyebabkan individu lain mengambil tindakan di luar batasan undang-undang negara,” katanya.


Namun, Arunakiri kemudian mengubah kenyataannya menjadi ‘Now, we go to war of words’.


Semalam, Firdaus Wong membuat dua laporan polis sekembalinya dari Jakarta, Indonesia, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya daripada ‘Pandian Sam’ menerusi komen dalam Facebook Arunakiri.


Beliau berkata, ugutan bunuh itu dibuat selepas pejabat MRM diserbu pihak tertentu sebelum ini.


Ekstremis Hindu ugut bunuh pendakwah bebas Firdaus Wong


‘Jika mati Firdaus Wong ini akan lahir ratusan Firdaus Wong lain’


The post Aktivis Hindu pula buat laporan polis terhadap Firdaus Wong appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop