Expired : 18.06.18

"Aku Bawa Kau Ke Kem-Kem Pelarian Ini, Jadi Kau Tau Hidup Kau Serba Mencukupi" - Altimet Bawa Anak Sertai Misi Kemanusiaan




Rozaimi Zubaidi



Hiburan


Penyanyi rap Altimet mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk melihat sendiri kehidupan yang dilalui oleh pelarian masyarakat Syria di Turki .

Menerusi entri di Instagram (IG), Altimet menjelaskan kehidupan yang dilalui oleh mereka adalah serba kekurangan jika nak dibandingkan dengan kehidupan di Malaysia.

Altimet juga tidak melepaskan peluang untuk membawa anak sulungnya, Abdullah ke sana bagi memberi pendedahan serta pengalaman buatnya dalam memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa pelarian Syria.

"Jauh perjalanan, luas pemandangan. Kalau aku bawak kau ke rumah-rumah mewah untuk tunjukkan kesederhanaan hidup kita sahaja, itu tak adil dekat kau. 

"Aku bawak kau ke kem-kem pelarian ni jadi kau tau hidup kau serba mencukupi, mewah kalau dibandingkan mereka. Ujian hidup diorang ialah kesusahan berlari ke negara jiran sebab perang saudara Ujian hidup kita pulak kesenangan di tanah air sendiri yang aman. 

"Aku akan buat segala yang aku mampu untuk jadikan kau orang yang lebih baik dari aku. Aku cuma nak mintak pertolongan kau dalam mencapai matlamat aku ni. 

"Berat sama dipikul, ringan sama-sama kita jinjing, anakku. Terima kasih @cintasyriamalaysia atas pelawaan join mission ni. Banyak pengetahuan & pengalaman baru yang kami dapat. Allahualam," tulisnya.
 




Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan misinya bersama Cinta Syria Malaysia akan dipermudahkan dan mereka diberikan kesihatan yang baik untuk membantu masyarakat di sana.

Misi Cinta Syria Malaysia ke Turki dan Lubnan ini merupakan penyertaan kali pertama buat Altimet dan turut disertai oleh rakan artis lain seperti Noh Hujan dan Aizat Amdan.


Norlida Ishak Shop