Expired : 18.06.18

“Aku Yang Kikis Duit Dia..” Dapat Set Kamera Mahal Sempena Hari Bapa, Mawi Buat Ucapan Khas Untuk Ekin

Jika diimbas kembali zaman kegemilangan Mawi iaitu bekas Juara Akademi Fantasia 3 (AF3) ketika waktu perkahwinannya, penyanyi Ekin yang juga isterinya kini pernah digelar ‘kaki kikis’ kerana bernikah dengan Mawi ketika namanya sedang naik dan dihimpit kontroversi pada ketika itu.


Namun, lain pula jadinya selepas 12 tahun pasangan ini bergelar suami isteri. Menurut Mawi, Ekin bukanlah seperti yang disangkakan sesetengah pihak. Katanya, Ekin bukanlah seorang yang suka meminta-minta, sebaliknya pandai mencari wang sendiri dengan berniaga.


Menerusi entri instagram Mawi yang terbaru, dia meluahkan rasa terima kasih buat isterinya yang membuat kejutan sempena sambutan Hari Bapa pada ahad lalu.









Dalam posting video tersebut, terlihat Ekin telah menghadiahkan sebuah kamera berjenama Canon lengkap dengan aksesori.














View this post on Instagram



















Cuma nak hargai pengorbanan DIA gaiss..Dah terlalu banyak DIA berkorban untuk aku.DIA tak pernah pun nak push2 aku minta duit tiap2 bulan gaiss..Malah dia sendiri pandai cari duit DIA sendiri.DIA tak mengharapkan aku sepenuhnya gaisss.. Alhamdulillah..Semoga bisnes DIA terus berjaya & diberkati tuhan ? . Dulu ramai yg kata yg DIA ni akan kikis duit aku sampai aku tinggal spender gaiss..haha Tapi berlaku sebaliknya gaiss.. Aku yang kikis duit DIA hahaha ? TERIMA KASIH SAYANG @ekinmawi_cahaya ? . #HariBapa #BapaKacak #Canon250D






A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on




Dalam pada itu, dia sempat mengimbas kembali kenangan ketika awal perkahwinan yang dikatakan penuh keperitan dan ujian buat mereka berdua.


“Dulu ramai yang kata dia ni akan kikis duit aku sampai aku tinggal spender. Tapi berlaku sebaliknya.. aku yang kikis duit dia. Terima kasih sayang,”






 














View this post on Instagram



















Selamat Hari Jadi sayang CAHAYA MALAIKA yang ke 8 ? . @ekinmawi_cahaya


A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on




 Sebelum ini, Ekin telah mendedahkan bahawa dirinya pernah difitnah dan dilabel sebagai seorang ‘kaki kikis’ dan ‘kaki bomoh’ gara-gara mengahwini Mawi yang pada ketika itu dikenali sebagai ‘Jutawan Segera’.


Mawi dan Ekin membina rumah tangga perkahwinan pada Disember 2008 dan kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berumur 8 tahun bernama Cahaya Malaika.