Expired : 18.06.18

Akui Tiada “Job” Nyanyian, Aiman Tino Jual Air Mangga

Akui enggan sekadar duduk diam sahaja di rumah, penyanyi Aiman Tino kini difahamkan sedang giat menerokai pelbagai jenis perniagaan bagi menambah sumber pendapatan termasuklah menjalankan perniagaan air minuman berperisa buah manga iaitu “Aimango”.


aiman tino jual air mangga


Menurutnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bidan nyanyian merupakan antara paing terkesan malah semua acara persembahan dan hiburan ditangguhkan buat sementara waktu.









Tambah Aiman, disebabkan krisis pandemik ini, beliau hanya akan menghadiri jemputan program televisyen dan sebagainya sahaja.


Sementara itu, penyanyi ini juga sempat menyatakan perniagaannya disambut hebat oleh pelanggan selepas mula memperkenalkannya pada Isnin lalu.






aiman tino jual air mangga


Malah, beliau juga dilihat tidak segan mengakui bahawa minuman tersebut disediakan sendiri oleh dirinya dan bertindak sebagai “runner” untuk menghantar minuman yang ditempah pembeli di sekitar Lembah Klang.


“InsyaAllah, apabila keadaan semua sudah kembali pulih dan dibenarkan bekerja, perniagaan ini akan tetap diteruskan.”


Terdahulu, ramai dalam kalangan selebriti tempatan menzahirkan rasa duka apabila pelbagai kerja yang dilakukan mereka sebelum ini tertangguh sekali gus memberi kesan kepada sumber pendapatan mereka sebagai anak seni.


Biarpun begitu, penyanyi yang popular menerusi lagu “Ku Rela Dibenci” ini bagaimanapun memberitahu bahawa dirinya bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi.


Sumber: mStar