Expired : 18.06.18

Alamak! 15,000 Tan Sisa Makanan Dibuang Setiap Hari? Ini 5 Langkah Bijak Untuk Elak Pembaziran #Kongsije




Hanafis Haris



Hiburan


Alamak! 15,000 Tan Sisa Makanan Dibuang Setiap Hari? Ini 5 Langkah Bijak Untuk Elak Pembaziran #Kongsije
Sukar untuk kita telan, namun hakikatnya rakyat Malaysia telah membuang sisa sampah sebanyak 38,000 tan sehari!
Malah, 15,000 tan saja terdiri daripada sisa makanan!

Tidak cukup dengan itu, sebanyak 3,000 tan yang masih baik dan selamat dimakan turut terbuang begitu saja. Banyak bukan?
Lebih teruk lagi ramai diantara kita tidak sedar pun sebenarnya kita telah membazir.

Malah, bagi anda yang beragama Islam, dalam Al-Quran sendiri menyatakan tentang isu pembazairan.

Sesungguhnya Golongan Yang Membazir Adalah Saudara-Saudara Syaitan” – (Surah Al-Isra’: 27)
 
Jika terus diamalkan, pastilah rugi kerana ada diantara mereka di luar sana terpaksa mengikat perut kerana tidak mampu untuk membeli makanan.
 
Makan hanya sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan.
 
Daripada terus 'terlena' dengan sikap buruk ini, apa kata anda ikut 5 langkah ini yang boleh dicuba.
 

#1 Jangan Ikut Nafsu! Rancang dulu sebelum beli barang atau ke pasar malam!




Pasti anda pernah mengalami senario yang mana makanan anda berakhir ke tong sampah bukan?
 
Ini mungkin disebabkan kuantiti makanan yang anda beli sudah berlebihan.
 
Rancanglah terlebih dahulu kuantiti yang sesuai dengan isi rumah. Selain tidak membazir, anda juga boleh jimat pembelanjaan.
 
Mungkin agak klishe, namun inilah antara punca utama Malaysia mempunyai lebih sisa makanan yang cukup banyak.


#2 Masak Je Kat Rumah Atau Masak Semula Makanan Lebihan


Sumber Gambar: Bawang Putih

Pada yang baru berumah tangga pasti sukar untuk mengagak jumlah kuantiti makanan yang patut mereka masak.
 
Namun itulah hakitkat yang terpaksa anda pelajari kerana makanan yang berlebihan akan dibazirkan begitu saja.
 
Elakkan makan di luar, masaklah di rumah dengan secara bersederhana.
 

#3 Simpan ikut label atau tarikh luput


Sumber Gambar: Libur
 
Bagi mengelakkan makanan sudah tarikh luput, susun ikut keperluan atau tarikh luput.
 
Jika anda bahagian kategori ini, mudahlah anda untuk menggunakannya terlebih dahulu.
 
Tiada lagi pembaziran!
 


#4 Rajin-rajinlah kemas barangan dapur/stok makanan


Sumber: Khairunnisaham 
 
Seperti dinyatakan di atas, sebanyak 3,000 tan lebih makanan yang masih baik telah dibazirkan begitu saja?
 
Malah, jumlah 3,000 tan ini juga sebenarnya boleh memberi makanan kepada dua juta rakyat Malaysia.
 
Jadi semak label stok makanan sekarang, jika ada produk berlebihan dan masih belum tarikh luput serta selamat dimakan, maka kumpulkan untuk diderma.
 
Tidak tahu saluran untuk menderma? Anda boleh rujuk pada tips kelima!
 
 

#5 Sokong Program Food Bank!


Tahukah anda dengan menyokong program Food Bank, Malaysia mungkin boleh mencapai sasaran  'Zero Hunger' dan 'Zero Waste' menerusi simpanan makanan yang selamat dan halal.
 
Lebih menarik lagi, anda juga berpeluang untuk menderma dengan hanya serendah RM5 yang bersamaan untuk 1 hidangan untuk individu memerlukan.
 
Tapi apa sebenarnya Food Bank ini?
 
Program Foodbank Malaysia merupakan inisiatif bank makanan yang mula dilaksanakan tahun lalu oleh Kementarian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
 
Sebanyak 476,250 isi rumah berpendapatan bawah RM940 akan menerima faedah daripada program ini, sekali gus mengurangkan beban mereka.
Difahamkan, sebanyak 1,984 Metrik Tan lebihan makanan dicatatkan. Tiada lagi ikat perut okay!
Tidak cukup dengan itu, program ini turut diperluaskan menerusi Program Food Bank Siswa.
 
Sehingga kini 21 Universiti Awam telah bekerjasama dengan membabitkan sebanyak 12,429 penerima (Sehingga November 2019).
 

Tonton Program #Kongsije!



Sebagai tanda sokongan, anda boleh la menonton program kongsije yang mempunyai tujuh episod bermula 24 Disember ini di platform sosial media Astro Gempak.
 
Setiap episod akan membincangkan topik menarik mengenai isu pembaziran makanan.
 
Tidak ketinggalan terdapat juga tips menarik untuk anda pelajari!
 
Apa tunggu lagi jom #kongsije dan jangan lupa follow Facebook Food Bank Malaysia untuk berita dan pengumuman terkini.
 
Jika mahu lebih lagi maklumat, anda boleh layari laman web ini, https://www.foodbankmalaysia.org/.
 

Norlida Ishak Shop