Expired : 18.06.18

Alat sulit ‘sangkut’ dalam batang paip, remaja derita kesakitan

MALANG menimpa seorang remaja lelaki apabila tindakannya memasukkan alat sulit ke dalam lubang paip besi di rumahnya mengundang padah apabila ia gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.


Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10 malam di rumah remaja tersebut di Tangkak, Johor dan menyebabkan dia menanggung kesakitan sebelum terpaksa memanggil bantuan pihak bomba.


Lebih memeritkan remaja itu, alat sulitnya masih tidak dapat dikeluarkan walaupun pihak bomba sudah memotong batang paip berkenaan sehingga dia terpaksa dikejarkan ke hospital.


Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.


Sebaik tiba, katanya, pasukan penyelamat mendapati mangsa yang berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.


“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.


“Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya dipetik portal Sinar Harian.



Seniman memberitahu, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.


“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk kerja mengeluarkan paip besi yang telah dipotong tadi.


“Kes berjaya diselesaikan dengan kepakaran pihak hospital dan mangsa dilaporkan stabil.


“Namun, kejadian itu menyebabkan alat sulit mangsa bengkak serta luka kecil,” katanya.


The post Alat sulit ‘sangkut’ dalam batang paip, remaja derita kesakitan appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop