Expired : 18.06.18

“Alhamdulillah Dengan Sekali Lafaz Sahaja Kami Menjadi Suami Isteri Yang Sah,” – Jimmy Shanley

Pelakon dan hos, Jimmy Shanley ada berkongsi foto throwback perkahwinannya bersama isteri, Mariam Jamilah Abdul Jalil bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima, hari ini.


Bagaimanapun, kapsyen yang ditulisnya nyata membuatkan para peminat dan rakan terkejut kerana ‘terkena’.




“Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja kami menjadi suami isteri yang sah, hari ni 7 Jun 2019 ulangtahun ke 5 kami, so far super good.


“Jarang share gambar berdua dan yang pasti wife takkan tinggalkan komen kat ruangan bawah tu kut sebab duk serumah. Anything dia hanya cakap face to face je,” tulis Jimmy.


Terdahulu, Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Saleh mendirikan rumah tangga bersama Mariam pada 7 Jun 2014 dan pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata.


Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.


Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley.


Foto: Instagram Jimmy Shanley


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop