Expired : 18.06.18

“Alhamdulillah,”- Pengalaman Pertama Aizat Amdan, Edar 100 Ekor Kambing Buat Rakyat Syria

Penyanyi Aizat Amdan meluahkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama mengedarkan daging korban kepada pelarian di kem sekitar Al Bab, Syria.


Malah, momen itu menjadi pengalaman pertama buat penyanyi lagu Sampai Ke Hari Tua itu.


“Alhamdulillah, mission accomplished in Syria.


“Pengalaman pertama di sini takkan aku lupakan. Kami selamat ke Ganzientep setelah habis mengedarkan daging korban drpd 100 ekor kambing kepada pelarian yg hidup di kem sekitar Al Bab.


“Terima kasih banyak kepada warga @bonyantr (ngo syria) yg membantu kami dalam pengagihan dan beri kami tempat tidur di ofis mereka.


“Terima kasih banyak juga kepada anda yg menderma, doa2 mereka kepada seluruh rakyat Malaysia agar aman dan makmur sentiasa.


“Dan kami doakan moga kedamaian akan tercapai di Syria kelak, amin,” tulis Aizat.




Lalu, netizen turut memberikan reaksi terhadap misi yang dilakukan Aizat bersama kumpulan lainnya.



Terdahulu, Aizat dan beberapa kumpulan selamat tiba di Syiria pada Sabtu lalu.


Foto: Instagram Aizat Amdan


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop