Expired : 18.06.18

Ali Puteh Tergores Hati Terhadap Kata-kata Kakak Ipar Terhadap Ibunya Yang Berbunyi ‘Jangan Makan Harta Anak Yatim’

PELAWAK Ali Puteh berkata dia berkecil hati terhadap isteri Abam iaitu Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi ‘jangan makan harta anak yatim’ kepada ibunya, Sabariah Arshad, 63.sajagempak.com - Ali Puteh Tergores Hati Terhadap Kata-kata Kakak Ipar Terhadap Ibunya Yang Berbunyi 'Jangan Makan Harta Anak Yatim'


Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah.







“Ada orang datang tuntut hutang, dia berkata kepada ibu ‘ini harta saya dan anak, sesiapa makan walaupun seringgit, kira makan duit anak yatim’.


“Ayat yang dikeluarkan kepada ibu menyentuh hati saya. Balik rumah, saya bertanya kepada dia kenapa cakap begitu kepada mak.


sajagempak.com - Ali Puteh Tergores Hati Terhadap Kata-kata Kakak Ipar Terhadap Ibunya Yang Berbunyi 'Jangan Makan Harta Anak Yatim'


“Kita orang Islam, tahu mana halal dan haram. Kenapa kau kata makan harta anak yatim,” kata Ali ketika di sidang media yang dibuat pada Jumaat.


Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.


Anggota kumpulan Bocey itu meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah, 28, dan anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.


sajagempak.com - Ali Puteh Tergores Hati Terhadap Kata-kata Kakak Ipar Terhadap Ibunya Yang Berbunyi 'Jangan Makan Harta Anak Yatim'


Saya mengakui saya sendiri yang muat naik status ‘binatang’ itu sebab tidak dapat menahan kemarahan. – Ali Puteh


Sebelum ini, video Nor Hidayah mendedahkan kereta milik arwah suaminya diambil keluarga mentua dan dia tidak dapat harta peninggalan ketika ditemu bual usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kemarahan Ali.


Ali tidak dapat menahan kemarahannya memuat naik status berbaur hinaan terhadap Nor Hidayah namun telah memadamnya sebaik sahaja menerima pelbagai kecaman.


sajagempak.com - Ali Puteh Tergores Hati Terhadap Kata-kata Kakak Ipar Terhadap Ibunya Yang Berbunyi 'Jangan Makan Harta Anak Yatim'


Dalam pada itu, Ali memohon maaf secara terbuka kepada kakak iparnya atas kesilapannya memuat naik status kasar itu.


“Saya mengakui saya sendiri yang muat naik status ‘binatang’ itu sebab tidak dapat menahan kemarahan.


“Pada mulanya, saya berasa pelik kerana telefon bimbit saya tidak berhenti berbunyi dan bila saya baca mesej yang diterima ramai kecam saya dan keluarga.


sajagempak.com - Ali Puteh Tergores Hati Terhadap Kata-kata Kakak Ipar Terhadap Ibunya Yang Berbunyi 'Jangan Makan Harta Anak Yatim'


“Saya tonton video itu berulang kali sebelum muat naik status itu. Dalam keadaan marah, terkeluarlah perkataan itu.


“Saya mohon maaf secara terbuka kepada kakak ipar saya dan seluruh rakyat Malaysia yang kecam, saya maafkan anda semua,” ujarnya.


Kredit: mStar