Expired : 18.06.18

Alif Satar umum anak ketiga lahir, kongsi tarikh lahir

Penyanyi Alif Satar bersyukur isterinya selamat melahirkan anak ketiga. — Foto ihsan Instagram/Alif Satar
Penyanyi Alif Satar bersyukur isterinya selamat melahirkan anak ketiga. — Foto ihsan Instagram/Alif Satar

KUALA LUMPUR, 20 Sept —  Penyanyi Alif Satar mengumumkan selamat menyambut kelahiran anak ketiga jam 11.21 malam semalam sekaligus berkongsi tarikh hari jadi dengannya.

Mengumumkan demikian di Instagram, beliau bersyukur isteri Shadila Halid,35, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.54 kilogram secara normal.


“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, isteri saya Shadila Halit pada 11.21 PM, 19/09/19, selamat melahirkan anak ketiga, bayi lelaki yang sihat,” katanya.  


Dalam hantaran pagi ini, Alif memuat naik foto beliau memangku bayi tersebut sambil mencatat tarikh kelahiran mereka dengan jarak usia 29 tahun.


“Saya sangat bangga dengan kamu, anakku,” tulis Alif.




Penyanyi Sesungguhnya 2019 mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariana Mecca, empat tahun, dan Alisha Anugerah, dua tahun.


Dalam tempoh sejam, hantaran Alif mendapat reaksi hangat dari warga maya. Ramai rakan artis turut mengucapkan tahniah atas kelahiran itu.


Norlida Ishak Shop