Expired : 18.06.18

“Allah Lebih Sayangkanmu Anak Syurga,” – Memey Suhaiza Cerita Suasana Hening Bila Dapat Berita Baby D Pergi Buat Selamanya



Processed with VSCO with b1 preset

Memey Suhaiza ada berkongsi suasana hening apabila mengetahui permata hati Abby Abadi, Muhammad Danial Firman dimaklumkan meninggal dunia selepas lebih 70 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh, Selangor.


Malah isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu turut menyifatkan betapa Abby dan suaminya, Faizal Zakaria sebagai ibu bapa yang cukup kuat.


Abby sekeluarga termasuk Memey dan Nornam sedang menunaikan umrah di tanah suci ketika ini.




“Mama Abah yg kuat. Hebat dugaan utk mama @abby_abadi112 & Abah @jaiezzany.


”Smlm asar kami turun sama.. Berusaha mencari spot terbaik utk solat jemaah. Betul2 Lps je solat, mama tunjuk dpt mssge baby D tenat.


”Allah dlm hati masa tu dah berdebar2. Riak muka mama nmpk tenang tp byk terdiam, plan nk sentuh kaabah bersama tapi mummy ,dania ,baby pergi dulu, papa lead”, jelas Memey.


“Baby D, Dpt je sentuh kaabah mummy sungguh2 doa, sebut nama penuh baby D byk kali spya Allah beri keajaiban.


Kami semua syg baby D. Apatah lg mama abah yg setiap hari dtg jenguk n luang masa bersama. Lepas isyak, Dania dtg bilik, ckp…mummy baby danial dah meninggal.


”Tak tau nak reaksi apa waktu tu. Dlm kepala cuma fikir mama. Dania kata mama dlm bilik. Trs bersiap masuk bilik mama Abah. Mama kata baru lps pam susu,” tulisnya lagi.


Lalu, Memey turut berkongsi Abby tetap dengan rutinnya, pamkan susu buat anak tersayang.


“Baby D, sayangnya mama pada mu anak. Beberapa hari kerjakn umrah, mama tetap dgn rutin nya pam susu.


“Cari freezer sejuk beku utk tumpang susu utk bawa balik sebagai bekalanmu anak.


”Mummy peluk mama kuat2. Jatuh lah air mata kami sesama. Abah ditepi, mengalir juga air mata nya termasuk anak2. Suasana jadi hening.


“Mama ckp kita dah usaha mey. Benar, melihat kesungguhan mama n abah setia dgn rutinnya utk jenguk baby D wlpn dlm kesibukan.


”Tapi tetap lari2 utk luang juga masa bersamamu. Mummy papa tak berpeluang buat apa2. Mummy hanya sempat kirimkan susu mummy bila2 mama perlukan utk topup.


”Selebihnya mummy papa doa byk2. Tp Benar kata mama, kita dah usaha. Allah lebih sayangkan mu Anak syurga. Muhammad Danial Firman Faizal, Al-Fatihah.


”Terima kasih buat semua yg selalu sama2 doakan utk baby D,” tulis Memey panjang lebar sambil disusuli dengan pelbagai ucapan serta doa yang ditinggalkan buat Baby D oleh para peminat.


Terdahulu, Muhammad Danial Firman dilahirkan 27 September lalu dengan berat 535 gram.


Allahyarham dilahirkan secara pembedahan ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.


Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, dan turut mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia.


Hasil perkahwinan terdahulu pula, bintang Gerak Khas itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.


Terdahulu Abby menerusi Instagram turut memaklumkan jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, selepas Subuh.


Foto: Instagram Memey Suhaiza


Norlida Ishak Shop