Expired : 18.06.18

“Allah Makbulkan Doa Awak Mima” – Comelnya! Emma Maembong Yang Kahwin, Aprena Manrose Paling Teruja




Mya Amri



Hiburan


“Allah Makbulkan Doa Awak Mima” – Comelnya! Emma Maembong Yang Kahwin, Aprena Manrose Paling Teruja
Pelakon, Aprena Manrose akui teruja sebaik sahaja mendapat berita mengenai perkahwinan aktres Emma Maembong.

Aprena berkongsi momen tersebut menerusi satu posting akaun Instagramnya.

Menurut Aprena, dia merupakan orang palig gembira dan bersyukur kerana doa Emma untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan.

Entri itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan Aprena sedang tersenyum sambil memeluk Emma di majlis pernikahannya.

“Momen bila awak cakap nak kahwin, saya orang yang paling teruja, gembira dan sedih pada waktu yang sama (sedih kerana gembira).

“Allah makbulkan doa awak Mima. Alhamdulillah sekarang awak dah bergelar isteri kepada seseorang!

“Tahniah cinta! Kamu terlalu baik kerana selalu menjaga hati semua orang dan semoga yang baik-baik akan datang untuk kamu. Awak kelihatan sungguh cantik di hari bahagia awak!” tulisnya.




Terdahulu, dengan sekali lafaz, pelakon popular Emma Maembong sah bernikah dengan lelaki pilihan hatinya, Mohamad Shazli Azhar, pada Khamis (20 Februari 2019).

Majlis pernikahan Emma atau nama sebenarya Fatimah Rohani dan Syazli yang berlangsung di Dunia Melayu, Bukit Damansara itu dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan.