Expired : 18.06.18

Amaran angin kencang hari ini

KUALA LUMPUR, 20 Safar 1440H, Isnin – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah bermula hari ini, hingga Jumaat 2 November.


Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku dalam tempoh sama.


Sementara itu, keadaan angin kencang Timur Laut dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef South, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan


Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu. – Bernama


The post Amaran angin kencang hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop