Expired : 18.06.18

Amaran ribut petir di 13 negeri

BANGI, 6 Safar 1441H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan di beberapa kawasan sehingga jam 5 petang ini.


Amaran itu membabitkan negeri di utara Semenanjung iaitu Perlis, Pulau Pinang dan beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.


Ia turut menjejaskan Perak, iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang serta Mualim, kata jabatan itu.


Cuaca buruk berkenaan juga melanda negeri Pantai Timur membabitkan Kelantan (Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut) dan Pahang (Rompin).


Jabatan itu berkata, amaran sama juga membabitkan negeri Selangor iaitu di Hulu Selangor, Gombak, Petaling serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Katanya, daerah Seremban, Negeri Sembilan dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru) turut dilanda ribut petir.


Selain itu, jabatan itu turut memberi amaran terhadap Limbang, Sarawak serta beberapa daerah di Sabah iaitu di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan), di Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.


The post Amaran ribut petir di 13 negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.