Expired : 18.06.18

Amaran Saifuddin: Jangan sorok barang masa tengkujuh

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution memberi amaran untuk bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menyorokkan bekalan barangan keperluan semasa musim tengkujuh.


Menurutnya, KPDNHEP sentiasa memantau bekalan barang keperluan bagi mengelakkan ekploitasi atau kenaikan harga makanan secara melampau.


“Jika berlakunya aktiviti ini yang mana peniaga mahu kaut untung berlebihan atas musibah (tengkujuh) yang berlaku, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan.


“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada laporan yang diterima berkaitan isu ini. Kesemua barangan keperluan adalah mencukupi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kad ‘Aeon member Plus Visa’ dan aplikasi ‘Aeon Wallet’ di pusat membeli-belah Aeon Shah Alam, hari ini, lapor Bernama.


Sementara itu, Saifuddin Nasution turut memberi jaminan bahawa bekalan makanan utama rakyat adalah mencukupi pada musim tengkujuh dan perayaan ini.


Norlida Ishak Shop