Expired : 18.06.18

Amazfit GTR Kini Di Malaysia – Berharga RM639

Amazfit merupakan salah satu jenama jam tangan pintar popular dibawah ekosistem Xiaomi. Sejumlah jam tangan pintar berjenama Amazfit telah pun ditawarkan di Malaysia sejak kebelakangan ini, dan paling terbaru, Amazfit GTR yang dilancarkan baru-baru ini turut telah memasuki pasaran tempatan.



Amazfit GTR hadir dengan saiz 47mm menggunakan skrin AMOLED bulat, dilengkapi bateri bersaiz 410mAh. Pada penggunaan biasa, ia dikatakan mampu bertahan sehingga 24 hari, sementara dengan menutup mod pintar, ia mampu bertahan sehingga 74 hari lamanya.


Bagi anda yan gberminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar ini di Malaysia pada harga RM639.


Norlida Ishak Shop