Expired : 18.06.18

“Amazing…Touch My Heart” - Video Remake ‘Standing In The Eyes of The World’ Buat Ramai Sebak & Meremang!

“Amazing…Touch My Heart” - Video Remake ‘Standing In The Eyes of The World’ Buat Ramai Sebak & Meremang!
Tidak sampai dua hari, video remake khas lagu popular berjudul ‘Standing In The Eyes of The World’  telah menerima lebih 250,000 tontonan di kesemua platform sosial media Gempak.

Jumlah ini merangkumi tontonan di YouTube, Facebook dan IGTV (Instagram TV).
 
Seperti yang anda tahu, video terbabit dihasilkan bersempena dengan ulang tahun kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih mesra dikenali sebagai Tun M yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-94 semalam.
 
Tidak ketinggalan, Tun Dr Siti Hasmah juga bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93 pada tanggal 12 Julai (esok).
 
Lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, ratu rock negara, Ella bersama komposer, Datuk Wah Idris serta penyanyi cilik, Kashika, Umairah, El, Yoyo dan Adinda.
 
Rata-ratanya warganet dilihat memberi reaksi dan komen yang sangat positif berhubung video tersebut.
 
Ada yang meremang bulu roma, ada yang sedih dan tidak kurang juga yang menganggap video terbabit sebagai satu inspirasi.
 
Anda boleh lihat reaksi mereka di bawah:


 


 
 
Dalam pada itu video terbabit juga turut mendapat perhatian selebriti tempatan dan antaranya Zizan Razak.
 
Zizan berkongsi video remake itu di Instagramnya malam semalam dan sehingga kini telah menerima 91,500 tontonan.
 

 
Pada masa sama gambar Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah yang dimuat naik di Instagram rasmi Astro Malaysia turut mendapat perhatian perdana menteri itu apabila menerima likes dari laman Instagram rasmi beliau, @chedetoffical.

 
Untuk rekod, semalam Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah sudi meluangkan masa menonton video remake khas itu.
 
Senyuman jelas terpancar dari wajah kedua-dua pasangan hebat ini.
 
BACA: Ini Reaksi Tun M & Tun Dr Siti Hasmah Tonton Video Khas ‘Standing In The Eyes Of The World’ – Comelnya!
 
Pada yang masih belum menonton, muzik video itu turut menampilkan momen-momen manis dan gelagat comel Tun M bersama isterinya yang pasti membuatkan anda tersenyum.
 
Apapun Gempak ingin mengucapkan selamat hari jadi buat Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah!


Tun @chedetofficial and Tun Dr Siti Hasmah, Malaysia’s amazing couple, have always been ‘Standing in The Eyes of The World’. To celebrate their birthdays, Malaysia’s queen of rock @ellaaminuddin and @wah.idris - together with @kashikaselvam @umairah_sairahtarudin, @elfarabifaeez, @yoyocheow and Adinda Tasya – got together to serenade the couple with the one song that all Malaysians know and love. . . Tun @chedetofficial dan Tun Dr Siti Hasmah bukan saja 'buah hati' Malaysia, malah dihormati seluruh dunia. Tidak hairanlah lagu ‘Standing in The Eyes of The World’ paling tepat buat mereka! Sempena hari jadi mereka, apa kata saksikan kejutan dari ratu rock Malaysia, @ellaaminuddin, @wah.idris serta penyanyi cilik,@kashikaselvam, @umairah_sairahtarudin, @elfarabifaeez, @yoyocheow dan Adinda Tasya menerusi ‘remake’ istimewa ini! . . Singers/ Penyanyi : Ella, Kashika, Umairah, El, Yoyo Cheow & Adinda. Composer/ Komposer: Dato’ Wah Idris & David Gates Lyrics/ Penulis Lirik : Habsah Hassan Produced by/ Terbitan : Gempak . . #StandingInTheEyesOfTheWorld #TunM94 #TunSiti93 #TunMahathir #TunSitiHasmah #SelamatHariJadiTunMdanTunSiti #AmazingMalaysians #AmazingCouple #CoupleGoals #CeriaPopstar #CeriaMegastarMinistar #AstroGempak


A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on



 

Norlida Ishak Shop