Expired : 18.06.18

Ambil gambar, tularkan individu buang sampah merata



KUALA PERLIS, 13 Muharram 1441H, Jumaat – “Ambil gambar dan serah pada saya supaya saya boleh ‘viralkan’ individu yang sengaja membuang sampah merata-rata walaupun ada tong sampah,” tegas Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis Nor Azam Karap.


Beliau berkata, tindakan sedemikian bukan berniat untuk memalukan individu berkenaan tetapi lebih kepada mendidik supaya tiada lagi yang membuang sampah dengan sengaja tanpa menggunakan tong sampah yang disediakan.






“Kita nak jadikan kawasan Kuala Perlis ini bersih daripada sampah kerana ini adalah tempat tumpuan pelancong yang datang ke sini. Malu orang datang ke negeri kita tengok banyak sampah,” katanya yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis.


Beliau ditemui Bernama selepas melakukan perlepasan kayuhan berbasikal yang disertai lebih 30 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choon Siew, SK Seberang Ramai dan SJK (C) Khay Beng.


Kayuhan itu diadakan bersempena menyambut bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia.


Menurut Nor Azam, tindakan itu berupaya memberi pengajaran kepada penduduk sekali gus menerapkan nilai murni cintakan kebersihan.


“Baru-baru ini pun saya ada buat dekat sebuah program, ternyata ia membuahkan hasil,” katanya. – Bernama





The post Ambil gambar, tularkan individu buang sampah merata appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop