v Ambil Keputusan ‘Cuci Tangan’, Fynn Jamal Dah Tak Mahu Ambil Tahu Masalah Orang
Expired : 18.06.18

Ambil Keputusan ‘Cuci Tangan’, Fynn Jamal Dah Tak Mahu Ambil Tahu Masalah Orang

Beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila personaliti Fynn Jamal dihentam hebat oleh netizen kerana kenyataannya mengenai kontroversi isu rogol.

Semalam, di laman instagram miliknya Fynn Jamal telah mengumumkan untuk tidak lagi terlibat dengan aktiviti bantuan dan sokongan kepada mana-mana pihak seperti mana yang dilakukannya sebelum ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil kerana merasakan ianya terbaik untuk dibuat ketika ini selepas menimbang tara segala aspek dan juga tidak mahu lagi ‘pening kepala’ memikirkan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.

Ingin ‘cuci tangan’ daripada segala bantuan seperti kes mengandung anak luar nikah, ‘date rape’ dan pelbagai lagi jenis masalah sosial, Fyn Jamal telah memaklumkan keputusan itu di laman instagram miliknya.

View this post on Instagram

latest baby yang lahir dari kes masa PKP tuari. yang aku terpaksa buat announcement kat ig tu haha. ingat tak lagi? . minggu ni lahirnya. . subhanallah secomel2 anak. putih melepak. sihat gadang. haha. mmg rezeki famili yg dpt dia. biomom pun baarakallah amat2 baik budi bicara. . settle semua. . i have been meaning to write my resignation from this all. tapi tak tau lah. mcm banyak sgt dipikirkan. kejap nak berenti. kejap tak jadi. haha. tapi tu lah tu. insyaallah. dah sedia dah ni. . bismillahirrahmaanirrahim. . alhamdulillah hari ini aku menemui kekuatan utk decide penutupan segala jenis shelter, bantuan motivasi dan kewangan utk semua kes2 yang biasa aku uruskan; . dari kes pregnancy luar nikah, urusan cari keluarga utk baby org susah, rape cases haruan, date rape segala apa jua— hari ini aku benar2 cuci tangan. . of course, dgn apa yg riuh di mana2, i take full responsibility dan malas dah nak panjang2kan lagi. aku kenal diri aku. the very reason yg buat aku emosi adalah kerana aku terlalu peduli. dan insyaallah. dgn berlepas tangan begini— aku tidak perlu lagi memikirkan apa yg bukan hak aku pun utk fikirkan. . jaga diri, anak2. jaga solat. . kalau tak mau mati dlm baju begitu— jgn pakai. kalau tak mau mati dlm keadaan begitu— jgn buat. . ok? kita tak bertanggungjawab pada pilihan2 salah org. tp kita kena jawab kenapa kita pilih apa kita pilih. . inilah hadiah terbesar ???? bagi pada aku. ujian ini benar2 memberi ruang pada aku utk ambil this grand exit. tanpanya— susah weh. haha. been doing this sebelum kawen sampai dah ada anak dua. dah hilang jumlah dah berapa email dan mesej yg aku dulukan dan belakangkan suami sendiri. . dialah hero sebenar dlm cerita ini. meminjamkan isterinya utk sesuatu yg tak perlu pun sebenarnya. :) . never my fight. i know. but i cant help it. . semua org boleh tulis komen panjang2. aku— ???? bagi rezeki, masa, duit dan peluang utk buat. . terima kasih, anak2, for understanding. kelemahan aku adalah terlalu keras. maafkanlah kalau ada ruangnya. . semoga sudi utk nampak 2 sisi aku ini: . garang sebelum jadi, lembut ketika bantu. . allahummahdi qaumin, fa innahum laa ya’lamuun. . it has been an honour to be your mom. ;)

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal) on

“Alhamdullilah, hari ini aku menemui kekuatan untuk buat keputusan penutupan segala jenis tempat perlindungan, bantuan motivasi dan kewangan untuk semua kes-kes yang biasa aku uruskan. Insyallah dengan berlepas tangan begini, aku tidak perlu lagi memikirkan apa yang bukan hak aku pun untuk fikirkan,”

View this post on Instagram

si hensem dan suaminya si jambang. dulu aku punya hensem, orang panggil aku john. . kawen dgn abang jambang la baru jadi fomfuan sikit. pernah dulu suami tengok aku sambil sengih. dalam geleng kepala dia— dia cakap kat aku dgn seloroh: kadang2 rasa macam kawen dgn laki2. . aku jawab balik: kadang2 rasa macam kawen dgn pompuan. . haahahah. aku SERIUS pernah tanya dia sungguh2. dia pernah ada fasa adik2 ke. aku ok je kalau masa silam dia merapu. asal nak berubah. . dia tanya kenapa. offended gak muka dia masa tu. aku jawab, sebab dia baik bahasa sgt, lembut hati, ringan tulang. . dia tengok aku. tepat. . “habih nak rasa kena pukul dulu baru saya nampak jantan ke macammana?” . hahahahaha. been in so many wrong places. sampai aku tak biasa dgn imej jantan yg lembut hati. jantan yg melayan maknya dgn baik. jantan yg manja bila bersendiri. . it takes a lot to change this john. macam2 cara dari macam2 manusia. semua tak jadi. ye la. ikut teori, hanya permata boleh potong permata. gua cuma boleh pecah dgn bilah besi waja. . apa yg si batu ini lupa; air setitik kalau konsisten titisannya— berlekuk jua. . jodoh— hakikatnya memang ???? punya rahsia. . #rideradinda

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal) on

 Ujarnya lagi, selepas mengumumkan keputusannya itu, dia hanya ingin memberikan fokus kepada keluarganya sahaja.

Mengimbas kembali, Fynn telah mengeluarkan kenyataan berbaur sensitif mengenai isu rogol dan wanita yang kemudiannya menjadi perdebatan dan pertikaian ramai netizen sehingga dirinya dikecam hebat oleh netizen.