Expired : 18.06.18

Amboi Sampai Nak Jadikan Intan Isteri...Kehadiran Man Buat Daniel Tak Senang Duduk?  

Amboi Sampai Nak Jadikan Intan Isteri...Kehadiran Man Buat Daniel Tak Senang Duduk?  
Kehadiran bekas teman lelaki Intan Raihana iaitu Suratman Suparjo atau Man yang secara tiba-tiba muncul ketika Intan sarat mengandung benar-benar memeranjatkan Daniel Hakim.

Malah, Man memberitahu Daniel yang dia mahukan menjalinkan hubungan bersama Intan. 

Tidak cukup dengan itu Man turut mengajak Intan untuk bekerja di syarikatnya.

Melihat keakraban dan keintiman Intan bersama bekas teman lelakinya itu, Daniel dilihat mula cemburu dan tidak senang dengan kehadiran Man.

Persoalannya, adakah Daniel cinta bersama Intan akan kembali berpaut? Adakah Daniel akan menerima anak dikandung Intan? 

Untuk mengetahui apa yang bakal terjadi, jangan lupa untuk terus menyaksikan drama Curi-Curi Cinta setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Drama Curi-Curi Cinta ini dibintangi oleh pelakon Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Fauziah Nawi, Talha Harith, Uyaina Arshad dan ramai lagi.
 


Norlida Ishak Shop